Friday, April 22, 2011

Isu Obes di Kalangan Pelajar Masih Panas!

Lima hari lepas gua ada post kan pasal tak boleh nak jual nasi lemak kat kantin sekolah. Alasannya sebab nasi lemak banyak lemak! So boleh menyebabkan budak-budak sekolah gemuk. Haahahahaha.

Tak sangka isu ni macam isu besar giler sekarang ni kat sekolah-sekolah Malaysia. Sampai NGO sumer bersuara plak kata tak patutla tak boleh jual nasi lemak pastu macam-macam lagi la.
Obes
Hari ni 22 April 2011 kat Berita Harian keluar plak isu "Tanggungjawab semua pihak pastikan pelajar kita tidak obes" oleh Mohd Feroz Abu Bakar.

So gua pun dah confuse dulu kata kuatkuasakan serta merta larangan jualan makanan dan minuman yang tak berkhasiat di kantin sekolah. Tak ke dah macam menyalahkan Makcik-Makcik kantin semata-mata tu! Tapi sekarang dah tangggungjawab semua pihak plak!

Diorang ni takder buat researh ke? Surveyler dulu ke apa ke!

Apakah jalan penyelesaian isu ni gua pun tak tahu. Follow jerla.

Ni article dari Berita Harian tu:

LANGKAH Kementerian Kesihatan meminta guru memasukkan indeks jisim badan (BMI) dalam kad laporan prestasi pelajar dilihat wajar untuk melahirkan sumber manusia yang bukan saja terampil dari segi intelek dan rohani, bahkan mempunyai berat badan ideal.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpendapat meletakkan angka BMI semata-mata tidak membawa makna kerana kebanyakan ibu bapa tidak mengambil tindakan susulan jika anak dikatakan obes atau berat berlebihan.


Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berpendapat kebanyakan guru dan ibu bapa tidak tahu tindakan susulan yang perlu diambil untuk mengurangkan berat badan anak mereka terutama dari segi kawalan makanan.
Presidennya, Hashim Adnan, berkata penyebaran maklumat mengenai makanan berkhasiat dan makanan yang memudaratkan serta kaedah mengatasi berat badan berlebihan sepatutnya dilakukan oleh golongan profesional seperti doktor perubatan, pegawai dietetik atau jururawat terlatih. Beliau berkata, kumpulan terlatih dalam bidang itu lebih arif mengenai jenis makanan yang ada banyak gula, terlebih garam atau terlalu banyak lemak.

Katanya, profesional itu juga tahu kaedah betul mengurangkan berat badan seperti jumlah atau jenis senaman yang perlu dilakukan pelajar atau makanan yang perlu diambil atau dikurangkan atau makanan yang mesti dielakkan terus.

“Kementerian Kesihatan mempunyai pegawai terlatih dalam pemakanan dan kumpulan ini sepatutnya masuk ke sekolah untuk menyampaikan ceramah mengenai makanan berkhasiat, mengambil BMI pelajar atau merujuk pelajar yang obes ke Klinik Kesihatan berdekatan.

“Kita tidak boleh mengharapkan guru melakukan tugas ini kerana ini kerja tambahan kepada mereka sedangkan guru sudah banyak dibebankan dengan hal akademik, kokurikulum dan sukan serta kerja perkeranian,” katanya.
Hashim berkata, NUTP menerima banyak rungutan daripada guru seluruh negara mengenai tugas baru itu selepas pengumuman dilakukan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ahad lalu. Selain mengharapkan guru menambah kegiatan fizikal seperti senaman di sekolah, ibu bapa juga mesti memainkan peranan mengawal pemakanan untuk anak dan membawa mereka ke padang atau taman permainan.

“Gaya hidup masyarakat sama ada di bandar, pinggir bandar atau luar bandar yang berubah kerana ibu dan bapa bekerja dan pulang lewat menyebabkan tugas menyediakan makanan untuk anak ke sekolah dilakukan orang gaji atau penjaga.

“Orang gaji biasanya tidak terlatih dalam aspek pemakanan sihat dan mereka memasak apa saja makanan mentah yang ada di dalam peti sejuk. Ibu bapa membeli makanan segera sama ada yang sudah dimasak atau mentah untuk anak kerana mudah dan cepat disediakan,” katanya.

Presiden Persatuan Dietitian Malaysia (MDA), Tan Yoke Hwa, berkata ibu bapa perlu menunjukkan contoh baik dengan mempunyai berat badan ideal dan membeli atau menyediakan makanan berkhasiat untuk anak di rumah atau ketika makan di luar.

Yoke Hwa berkata, MDA yang kini mempunyai lebih 600 ahli bersedia mengadakan ceramah atau aktiviti lain di sekolah jika dijemput Kementerian Pelajaran.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Kementerian Kesihatan sendiri perlu lebih proaktif menangani isu penjualan makanan kurang berkhasiat di luar sekolah atau kantin kurang bersih di sekolah.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional menggesa Jabatan Kesihatan di setiap PBT bertindak tegas terhadap penjaja yang berniaga di luar sekolah kerana pengurusan sekolah tidak boleh mencampuri urusan di luar pagar sekolah.

Pengerusinya, Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan, berkata Kementerian Kesihatan juga perlu menggred tahap kebersihan kantin sekolah yang merangkumi penyediaan makanan berkhasiat dan halal.

“Kementerian Kesihatan juga patut memberi maklumat kepada ibu bapa mengenai kaedah menangani anak yang obes kerana kita tidak boleh mengharapkan semua kerja dilakukan guru,” katanya.

 

Video Hingus meleleh live! (Saphia Khambalia News Reporter Fail Runny Nose)

Kesian gua tengok minah ni. So untuk pengajaran kepada kita semua silalah bawak tissue atau apa-apa yang boleh untuk penjagaan hidung anda terutamanya secara live!

Kejadian berlaku di Canada di mana Saphia Khambalia ni tengah buat ulasan mengenai kedatangan Charli Sheen di Toronto. Dia yang bekerja di stesen televisyen City TV News Toronto pada awalnya cuba meng cover tetapi selepas itu gagal!

Terpaksalah producernya suruh dia ni cepat-cepat habiskan ulasan dia....

Thursday, April 21, 2011

Fanatik...

Ni nak citer pasal fanatik ni.. Semalam gua terbaca kat Kosmo so gua snap la keratan paper tu ada awek manis fanatik ngan team Liverpool.. 

Ala..team yang baru berjaya menjual aset paling bernilai diorang tula...sapa lagi kalau bukan Torres.
Kalau gua ni minat kat team yang bernama Arsenal tu takderla sampai obsess camni kot.

So, tak taulah kalau korang kat luar tu fanatik macam ni..

Apa-apa pun tak sangka pulak seorang perempuan boleh obses ngan permainan yang dimonopoli lelaki ni. Sampai kipas susah mati jadinya. Respek tul la.

Gua ni nak kata jersey pun takder. Yang ada logo jer. Hahahaha. Tu pun kat dalam komputer.

Tottenham Hotspur 3 - 3 Arsenal

Kenapalah team gua ni? Nak kata tak power dah power dah... Orang dah bagi can nak kejar ko tak nak amik peluang...Adoi...Adoi..

Kang gua sokong Stoke baru tau!

Kemalangan Arsenal berterusan pagi tadi bila seri untuk kali ke 10 season ni. Seperti biasala Arsenal bermula garang dengan menjaringkan gol seawal minit ke 5 melaui Theo Walcott.

Sampai mencangkung pun tak menang gak!
 Kemudian Rafael Van der Vaart menyamakan kedudukan pada minit ke 7 hasil umpanan Vedran Corluka. Gol pertama dalam masa dua bulan.

Namun pada minit ke 12 Arsenal sekali lagi di depan hasil jaringan Samir Nasri.

Kesilapan Gallas bekas pemain Arsenal mengeluarkan bola di dalam kotak penalti pada minit ke 40 memberikan Arsenal menambahkan jaringan melaui Robin Van Persie.

Kemudian Huddelstone merembat half volley untuk menewaskan Szczesny untuk gol kedua Spurs pada minit ke 44.

Di separuh masa kedua Arsenal berjaya menjaringkan gol melalui Van Persie tetapi pengadil mengatakan dia sudah Offside tapi setelah ulang tayang jelas RVP sebenarnya tidak!!!!

Malang lagi Arsenal....

Dan yang paling malang bila Szczesny menjatuhkan Lennon di dalam kotak penalti pada minit ke 70 danVan der Vaart mudah menewaskan keeper Arsenal yang bengap tu!

So malang Arsenal berterusan tanpa henti......Bila Chelsea pulak menang dengan Birmingham di Stamford Bridge dengan jaringan 3-1.

So terpaksalah Arsenal turun takhta di tempat ketiga..Wakakakakaka..

Real Madrid Wins Copa Del Rey (Real Madrid 1-0 Barcelona)

Pagi tadi Real Madrid membuang badi selepas gagal menewaskan Barcelona untuk sekian kalinya. Tapi tandukan Cristiano Ronaldo di masa tambahan hasil hantaran lintang Angel Di Maria pada minit ke 103 berjaya menewaskan penjaga gol Barcelona Jose Manuel Pinto yang menggantikan keeper utama mereka Victor Valdes.

Dengan jaringan tersebut pemain Portugal yang berusia 26 tahun ini berjaya menjadi penjaring terbanyak Copa del Rey season ni bersama-sama Lionel Messi dengan 7 jaringan,
Bracelona - Real Madrid, Lionel Messi, Cristiano Ronaldo (Getty Images)
Messi & Ronaldo

Ini adalah piala pertama Real Madrid di bawah kendalian Jose Maurinho selepas hampir tiga tahun tidak memenagi apa-apa piala sebelum pengendali dari Portugal ini mengambil alih jawatan jurulatih. Taktik Maurinho malam tadi memang menjadi dengan meletakkan 3 defensive midfilder Pepe,Sami Khedira dan Xabi Alonso untuk menyekat serangan Barcelona.

Secara amnya separuh masa pertama milik Real Madrid manakala selepas rehat giliran Barcelona pula menguasai permainan.

Cuma yang tak best nyer Angel di Maria dibuang padang pada minit ke 120 kerana mengkasari Lionel Messi dan menerima kad kuning kedua.

Wednesday, April 20, 2011

Newcastle United 0-0 Manchester United

Heheheheh... Tersenyum ku di pagi hari...

Sekali lagi Keh...Keh..Keh.. Keh. tak berjaya untuk membantu MU untuk mendapatkan gol di hadapan 49,025 penonton di St. James' Park.

Kalau Ryan Giggs berjaya menjaringkan gol diminit ke 69 keadaan akan berubah sama sekali. Beliau mendapat hantaran lintang dari Patrice Evra didalam kotak penalti tetapi sepakannya tersasar.
Senyumla sikit...
Selain itu insiden yang boleh menghasilkan gol di lewat permainan di mana percubaan-percubaan daripada Nani, Rooney dan Giggs sekali lagi gagal untuk menewaskan penjaga gol Newcastle United Tim Krul.

Oleh kerana Newcastle dan MU seri so peluang Arsenal untuk merapatkan kedudukan bertambah cerah kerana hari ni Arsenal akan menentang Tottenham Hotspur. MU masih di atas dengan 70 mata berbanding Arsenal 63 mata bermain kurang satu game.

Masih ada harapan....Yeeha!

Tuesday, April 19, 2011

Safee Sali (Delta Putra Sidiarjo 0-2 Pelita Jaya) 16 April 2011

Terlambatla gua nak update pasal match Liga Super Indonesia yang melibatkan Safee Sali ni. Game hari tu 16/4/2011 yang bermain di Stadium Gelora Delta dimenangi oleh Pelita Jaya Fc.

Walaupun Safee Sali tak score tapi satu rembatan cantik dari luar kotak penalti dia terkena palang gol. Dan satu gol dia assist. Tahniah Safee Sali!

Gol-gol Pelita Jaya dijaringkan oleh Dedi Kusnandar pada minit ke 54 melalui rembatan padu dari luar kotak penalti dan gol kedua dijaringkan oleh Joko Sasongko yang menerima hantaran lintang dari Safee Sali pada minit ke 67.
Permainan gua rasa memang layakla Pelita Jaya ni menang walaupun main kat padang becak. Macam main kat dalam selut dah gua tengok... hahahaha..

Game selepas ini Pelita Jaya akan menentang Arema Malang di tempat sendiri pada 24 April 2011.

Anyway kat bawah ni highlight game tersebut..