Friday, April 22, 2011

Isu Obes di Kalangan Pelajar Masih Panas!

Lima hari lepas gua ada post kan pasal tak boleh nak jual nasi lemak kat kantin sekolah. Alasannya sebab nasi lemak banyak lemak! So boleh menyebabkan budak-budak sekolah gemuk. Haahahahaha.

Tak sangka isu ni macam isu besar giler sekarang ni kat sekolah-sekolah Malaysia. Sampai NGO sumer bersuara plak kata tak patutla tak boleh jual nasi lemak pastu macam-macam lagi la.
Obes
Hari ni 22 April 2011 kat Berita Harian keluar plak isu "Tanggungjawab semua pihak pastikan pelajar kita tidak obes" oleh Mohd Feroz Abu Bakar.

So gua pun dah confuse dulu kata kuatkuasakan serta merta larangan jualan makanan dan minuman yang tak berkhasiat di kantin sekolah. Tak ke dah macam menyalahkan Makcik-Makcik kantin semata-mata tu! Tapi sekarang dah tangggungjawab semua pihak plak!

Diorang ni takder buat researh ke? Surveyler dulu ke apa ke!

Apakah jalan penyelesaian isu ni gua pun tak tahu. Follow jerla.

Ni article dari Berita Harian tu:

LANGKAH Kementerian Kesihatan meminta guru memasukkan indeks jisim badan (BMI) dalam kad laporan prestasi pelajar dilihat wajar untuk melahirkan sumber manusia yang bukan saja terampil dari segi intelek dan rohani, bahkan mempunyai berat badan ideal.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpendapat meletakkan angka BMI semata-mata tidak membawa makna kerana kebanyakan ibu bapa tidak mengambil tindakan susulan jika anak dikatakan obes atau berat berlebihan.


Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berpendapat kebanyakan guru dan ibu bapa tidak tahu tindakan susulan yang perlu diambil untuk mengurangkan berat badan anak mereka terutama dari segi kawalan makanan.
Presidennya, Hashim Adnan, berkata penyebaran maklumat mengenai makanan berkhasiat dan makanan yang memudaratkan serta kaedah mengatasi berat badan berlebihan sepatutnya dilakukan oleh golongan profesional seperti doktor perubatan, pegawai dietetik atau jururawat terlatih. Beliau berkata, kumpulan terlatih dalam bidang itu lebih arif mengenai jenis makanan yang ada banyak gula, terlebih garam atau terlalu banyak lemak.

Katanya, profesional itu juga tahu kaedah betul mengurangkan berat badan seperti jumlah atau jenis senaman yang perlu dilakukan pelajar atau makanan yang perlu diambil atau dikurangkan atau makanan yang mesti dielakkan terus.

“Kementerian Kesihatan mempunyai pegawai terlatih dalam pemakanan dan kumpulan ini sepatutnya masuk ke sekolah untuk menyampaikan ceramah mengenai makanan berkhasiat, mengambil BMI pelajar atau merujuk pelajar yang obes ke Klinik Kesihatan berdekatan.

“Kita tidak boleh mengharapkan guru melakukan tugas ini kerana ini kerja tambahan kepada mereka sedangkan guru sudah banyak dibebankan dengan hal akademik, kokurikulum dan sukan serta kerja perkeranian,” katanya.
Hashim berkata, NUTP menerima banyak rungutan daripada guru seluruh negara mengenai tugas baru itu selepas pengumuman dilakukan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ahad lalu. Selain mengharapkan guru menambah kegiatan fizikal seperti senaman di sekolah, ibu bapa juga mesti memainkan peranan mengawal pemakanan untuk anak dan membawa mereka ke padang atau taman permainan.

“Gaya hidup masyarakat sama ada di bandar, pinggir bandar atau luar bandar yang berubah kerana ibu dan bapa bekerja dan pulang lewat menyebabkan tugas menyediakan makanan untuk anak ke sekolah dilakukan orang gaji atau penjaga.

“Orang gaji biasanya tidak terlatih dalam aspek pemakanan sihat dan mereka memasak apa saja makanan mentah yang ada di dalam peti sejuk. Ibu bapa membeli makanan segera sama ada yang sudah dimasak atau mentah untuk anak kerana mudah dan cepat disediakan,” katanya.

Presiden Persatuan Dietitian Malaysia (MDA), Tan Yoke Hwa, berkata ibu bapa perlu menunjukkan contoh baik dengan mempunyai berat badan ideal dan membeli atau menyediakan makanan berkhasiat untuk anak di rumah atau ketika makan di luar.

Yoke Hwa berkata, MDA yang kini mempunyai lebih 600 ahli bersedia mengadakan ceramah atau aktiviti lain di sekolah jika dijemput Kementerian Pelajaran.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Kementerian Kesihatan sendiri perlu lebih proaktif menangani isu penjualan makanan kurang berkhasiat di luar sekolah atau kantin kurang bersih di sekolah.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional menggesa Jabatan Kesihatan di setiap PBT bertindak tegas terhadap penjaja yang berniaga di luar sekolah kerana pengurusan sekolah tidak boleh mencampuri urusan di luar pagar sekolah.

Pengerusinya, Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan, berkata Kementerian Kesihatan juga perlu menggred tahap kebersihan kantin sekolah yang merangkumi penyediaan makanan berkhasiat dan halal.

“Kementerian Kesihatan juga patut memberi maklumat kepada ibu bapa mengenai kaedah menangani anak yang obes kerana kita tidak boleh mengharapkan semua kerja dilakukan guru,” katanya.

 

Video Hingus meleleh live! (Saphia Khambalia News Reporter Fail Runny Nose)

Kesian gua tengok minah ni. So untuk pengajaran kepada kita semua silalah bawak tissue atau apa-apa yang boleh untuk penjagaan hidung anda terutamanya secara live!

Kejadian berlaku di Canada di mana Saphia Khambalia ni tengah buat ulasan mengenai kedatangan Charli Sheen di Toronto. Dia yang bekerja di stesen televisyen City TV News Toronto pada awalnya cuba meng cover tetapi selepas itu gagal!

Terpaksalah producernya suruh dia ni cepat-cepat habiskan ulasan dia....

Thursday, April 21, 2011

Fanatik...

Ni nak citer pasal fanatik ni.. Semalam gua terbaca kat Kosmo so gua snap la keratan paper tu ada awek manis fanatik ngan team Liverpool.. 

Ala..team yang baru berjaya menjual aset paling bernilai diorang tula...sapa lagi kalau bukan Torres.
Kalau gua ni minat kat team yang bernama Arsenal tu takderla sampai obsess camni kot.

So, tak taulah kalau korang kat luar tu fanatik macam ni..

Apa-apa pun tak sangka pulak seorang perempuan boleh obses ngan permainan yang dimonopoli lelaki ni. Sampai kipas susah mati jadinya. Respek tul la.

Gua ni nak kata jersey pun takder. Yang ada logo jer. Hahahaha. Tu pun kat dalam komputer.

Tottenham Hotspur 3 - 3 Arsenal

Kenapalah team gua ni? Nak kata tak power dah power dah... Orang dah bagi can nak kejar ko tak nak amik peluang...Adoi...Adoi..

Kang gua sokong Stoke baru tau!

Kemalangan Arsenal berterusan pagi tadi bila seri untuk kali ke 10 season ni. Seperti biasala Arsenal bermula garang dengan menjaringkan gol seawal minit ke 5 melaui Theo Walcott.

Sampai mencangkung pun tak menang gak!
 Kemudian Rafael Van der Vaart menyamakan kedudukan pada minit ke 7 hasil umpanan Vedran Corluka. Gol pertama dalam masa dua bulan.

Namun pada minit ke 12 Arsenal sekali lagi di depan hasil jaringan Samir Nasri.

Kesilapan Gallas bekas pemain Arsenal mengeluarkan bola di dalam kotak penalti pada minit ke 40 memberikan Arsenal menambahkan jaringan melaui Robin Van Persie.

Kemudian Huddelstone merembat half volley untuk menewaskan Szczesny untuk gol kedua Spurs pada minit ke 44.

Di separuh masa kedua Arsenal berjaya menjaringkan gol melalui Van Persie tetapi pengadil mengatakan dia sudah Offside tapi setelah ulang tayang jelas RVP sebenarnya tidak!!!!

Malang lagi Arsenal....

Dan yang paling malang bila Szczesny menjatuhkan Lennon di dalam kotak penalti pada minit ke 70 danVan der Vaart mudah menewaskan keeper Arsenal yang bengap tu!

So malang Arsenal berterusan tanpa henti......Bila Chelsea pulak menang dengan Birmingham di Stamford Bridge dengan jaringan 3-1.

So terpaksalah Arsenal turun takhta di tempat ketiga..Wakakakakaka..

Real Madrid Wins Copa Del Rey (Real Madrid 1-0 Barcelona)

Pagi tadi Real Madrid membuang badi selepas gagal menewaskan Barcelona untuk sekian kalinya. Tapi tandukan Cristiano Ronaldo di masa tambahan hasil hantaran lintang Angel Di Maria pada minit ke 103 berjaya menewaskan penjaga gol Barcelona Jose Manuel Pinto yang menggantikan keeper utama mereka Victor Valdes.

Dengan jaringan tersebut pemain Portugal yang berusia 26 tahun ini berjaya menjadi penjaring terbanyak Copa del Rey season ni bersama-sama Lionel Messi dengan 7 jaringan,
Bracelona - Real Madrid, Lionel Messi, Cristiano Ronaldo (Getty Images)
Messi & Ronaldo

Ini adalah piala pertama Real Madrid di bawah kendalian Jose Maurinho selepas hampir tiga tahun tidak memenagi apa-apa piala sebelum pengendali dari Portugal ini mengambil alih jawatan jurulatih. Taktik Maurinho malam tadi memang menjadi dengan meletakkan 3 defensive midfilder Pepe,Sami Khedira dan Xabi Alonso untuk menyekat serangan Barcelona.

Secara amnya separuh masa pertama milik Real Madrid manakala selepas rehat giliran Barcelona pula menguasai permainan.

Cuma yang tak best nyer Angel di Maria dibuang padang pada minit ke 120 kerana mengkasari Lionel Messi dan menerima kad kuning kedua.

Wednesday, April 20, 2011

Newcastle United 0-0 Manchester United

Heheheheh... Tersenyum ku di pagi hari...

Sekali lagi Keh...Keh..Keh.. Keh. tak berjaya untuk membantu MU untuk mendapatkan gol di hadapan 49,025 penonton di St. James' Park.

Kalau Ryan Giggs berjaya menjaringkan gol diminit ke 69 keadaan akan berubah sama sekali. Beliau mendapat hantaran lintang dari Patrice Evra didalam kotak penalti tetapi sepakannya tersasar.
Senyumla sikit...
Selain itu insiden yang boleh menghasilkan gol di lewat permainan di mana percubaan-percubaan daripada Nani, Rooney dan Giggs sekali lagi gagal untuk menewaskan penjaga gol Newcastle United Tim Krul.

Oleh kerana Newcastle dan MU seri so peluang Arsenal untuk merapatkan kedudukan bertambah cerah kerana hari ni Arsenal akan menentang Tottenham Hotspur. MU masih di atas dengan 70 mata berbanding Arsenal 63 mata bermain kurang satu game.

Masih ada harapan....Yeeha!

Tuesday, April 19, 2011

Safee Sali (Delta Putra Sidiarjo 0-2 Pelita Jaya) 16 April 2011

Terlambatla gua nak update pasal match Liga Super Indonesia yang melibatkan Safee Sali ni. Game hari tu 16/4/2011 yang bermain di Stadium Gelora Delta dimenangi oleh Pelita Jaya Fc.

Walaupun Safee Sali tak score tapi satu rembatan cantik dari luar kotak penalti dia terkena palang gol. Dan satu gol dia assist. Tahniah Safee Sali!

Gol-gol Pelita Jaya dijaringkan oleh Dedi Kusnandar pada minit ke 54 melalui rembatan padu dari luar kotak penalti dan gol kedua dijaringkan oleh Joko Sasongko yang menerima hantaran lintang dari Safee Sali pada minit ke 67.
Permainan gua rasa memang layakla Pelita Jaya ni menang walaupun main kat padang becak. Macam main kat dalam selut dah gua tengok... hahahaha..

Game selepas ini Pelita Jaya akan menentang Arema Malang di tempat sendiri pada 24 April 2011.

Anyway kat bawah ni highlight game tersebut..


Monday, April 18, 2011

Nasi Lemak TAK Boleh di Jual di Sekolah!

Aduh.. aduh.. Ni apa hal la plak kat Malaysia ni?!!

SUBANG JAYA - Kerajaan menguatkuasakan serta-merta larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat khususnya yang mengandungi gula serta garam berlebihan di kantin sekolah di seluruh negara bagi membendung risiko semakin ramai pelajar mengalami masalah obesiti.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan perkara itu semalam menegaskan, pengusaha kantin juga hanya dibenarkan menjual nasi lemak sehari dalam seminggu.
Walaupun beliau menganggap nasi lemak mempunyai khasiatnya sendiri, pengambilan makanan itu secara kerap dan berlebihan akan mendorong seseorang itu mengalami obesiti.
"Peraturan melarang penjualan makanan tidak berkhasiat ini termasuk air bikarbonat bukan sahaja melibatkan pengusaha kantin tetapi juga penjaja lain di sekitar kawasan sekolah,'' katanya pada sidang akhbar selepas Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan peringkat kebangsaan ke-5 2011 di sini semalam.

Ni keratan berita yang di ambil kat Kosmo hari ni! So apa rasionalnya tak boleh jual nasi lemak kat kantin sekolah? Tapi kat tepi jalan sebelum nak ke sekolah tu berlambak2 orang jual nasi lemak?

Kalau air berkarbonat tu memang patut la di haramkan jual kat kantin sekolah tapi kalu sampai nasi lemak tak boleh jual tu gua rasa macam pelik jer!

Anyway keputusan dah dibuat... Follow jerla yer makcik2 kantin yer...

Sian..

Arsenal 1-1 Liverpool


Ada lagi ke muka mamat ni season depan?
 Stadium Emirates, London: Arsenal seperti biasa mengungguli posession of the ball tapi last minit penalti dari Robin Van Persie dan Dirk Kuyt berjaya menjaringkan gol untuk pasukan masing-masing. Untuk kali yang keberapa Arsenal berjaya membuatkan penyokong mereka sakit jantung kerana kebodohan pemain mereka macam Eboe!

Game hari ni menjadi sejarah sebab main sampai 102 minit. Dan kedua-dua gol dijaringkan di masa kecederaan dan kedua-duanya adalah penalti. SENGAL!

Arsenal menurunkan hampir kesemua kesebelasan utama kecuali Vermalen yang masih tercedera.

Perlawanan ini agak seimbang cuma di lewat permainan kecemerlangan keeper Liverpool menyelamatkan pasukannya dari dibolosi oleh penyerang Arsenal terutamanya dari Robin Van Persie.

So kesudahan cerita yang sama dilakar oleh Arsenal untuk hari ini...

Arsenal's title dream is fading...

Bagi tuan Gaffer kita silalah berkira-kira untuk cari player yang boleh score dan pandai untuk defend kalau dah score untuk season depan yer! Kalau boleh belilah macam Chelsea buat tu...Huahuahuahahaha... Satu bagus satu melingkup!

Sunday, April 17, 2011

Manchester City 1-0 Manchester United (FA Cup)

Wembley Stadium, London. Yaya Toure menghasilkan gol buat Manchester City bagi membenam Manchester United untuk mara ke Final Piala FA England sejak 1981.

Gol dihasilkan pada minit ke 53 hasil gerakan menarik dari pemain terbaik MU Michael Carrick.
Yaya Toure
Yaya Toure menjaringkan gol kemenagan City
Kemudian pada minit ke 72 pemain super veteran MU Paul Scholes di buang padang akibat terjahan tinggi ke atas Pablo Zabaleta.

Yang tak berkenan gua tengok game ni se beruk sekor ni yang tak habis-habis nak buat hal. Macam budak sekolah rendah betullah. Dah la nak pakai baju pun tak reti!

Sorang lagi pemain MU mlm tadi yang bermain cemerlang Dimitar Bebatov yang mana gagal untuk menjaringkan gol walaupun banyak peluang terhidang. Kesian, kalau dah nak kalah tu sumer tak menjadi. Hehehehe.

Apa-apa pun malam tadi punya game memang Keh..keh..keh..keh. keh.. pun tak boleh nak bagi menang..

Merasalah kalah pulak yer..

Saturday, April 16, 2011

Neymar Going to Arsenal?

Hahaha.. Kalaulah Arsene Wenger ni boleh beli si Neymar ni... Tak ke bagus.

Ni dibelinya Si Chamakh pastu buat tukun. Apa da... Cer buat kerja drastik sikit beli Neymar kan Boy?

Barula boleh fight ngan Manchester United ko yang power tu! Tapi kalau ikutkan Arsenal punya budget season depan dah boleh dah berkira-kira nak bid dia ni.

Walaupun mustahil untuk direalisasikan gua rasa kalau Arsenal menang Premier League season ni pastu bagi gaji 500,000 pound seminggu boleh ni... Boleh lingkup..

Tak kiralah dia nak join ke tak tapi yang penting gua suka mamat ni!



Wednesday, April 13, 2011

Safee Sali Score Lagi! (PELITA JAYA 1-1 PERSELA LAMONGAN) 13 April 2011

Hebat bebenor ke Safee Sali ni? Asyik score jer kerja dia main kat Pelita Jaya FC di Liga Super Indonesia. Tak tercabar ke pemain Malaysia yang lain untuk ikut jejak langkah dia ni!

Yang terbaru petang tadi Safee Sali Score lagi menentang Persela Lamongan di Stadium Surajaya, Lamongan yang berkesudahan seri satu sama.

Safee Sali berjaya menjaringkan gol pada minit 49 hasil hantaran di dalam kotak penalti walaupun mereka bermain dengan 10 pemain setelah Juan Ramirez dilayangkan kad merah seawal minit ke 26.

Manakala Gol pasukan Persela Lamongan pula dijaringkan pada minit ke 72 hasil sepakan percuma Gustavo Lopez.

Jangan lupa nantikan keputusan perlawanan antara Delta Putra Sidoarjo vs Pelita Jaya FC pada 16 April 2011.

Manchester United Juara Champions League?

Pagi tadi berakhir sudah hajat Chelsea untuk kali pertama memenagi Champion League. Kesian jugak aku tengok Chelsea ni.. Sampai habis duit beli Torres... tapi sampai sekarang tak score2.. Cuba lagi tahun depan yer..

Apa-apa pun tahniahla kat MU menang ngan Chelsea 2-1 kat Old Traffrog! Gol-gol United hasil jaringan Hernandez diminit 43 dan Park Ji Sung di minit 77, manakala gol Chelsea dijaringkan oleh Drogba selang seminit sebelm itu.

Manchester United vs Chelsea
Park Ji Sung meraikan gol kemenangan United
Walaupun aku ni bukan penyokong MU tapi kat sini gua respect giler kat Ryan Giggs ni walaupun dah super veteran tapi still masih boleh bermain dengan baik. Dan still boleh berlari macam umur 20an.. Power...power...

Kalau nak compare ngan pemain yang ada kat Malaysia ni aku rasa kalau dah umur 37 tu takder yang main lagi untuk team Super League kot. Tak tau la plak kalau ada!

Sunday, April 10, 2011

Blackpool 1 - 3 Arsenal

Setelah berkurun lamanya gua rasa Arsenal  ni asyikla seri jer so malam ni sebab menang gua tulislah kat sini...Hahaha jangan marah yer Boy!

Separuh masa pertama Arsenal mendahului melaui Diaby pada minit ke 18! Satu gerakan menarik antara 3 pemain Nasri, RVP dan Diaby menydahkannya.

Kemudian Eboue merembat kencang pada minit ke 21 selepas bertukar hantaran dengan Wilshere.


Diaby menjaringkan gol pertama Arsenal

Diseparuh masa kedua Blackpool berjaya merapatkan jurang pada minit ke 52 hasil jaringan Taylor-Fletcher.

Di minit ke 72, melalui satu counter attack, Van Persie menyudahkan hantaran dari Walcott untuk menambah jaringan Arsenal menjadi 3-1. Ini adalah jaringan peribadi RVP yang ke 12 untuk musim ini dalam Premier League.

Dengan kemenangan ini Arsenal masih mengekalkan 2nd position dengan 62 mata, 7 mata di belakang Manchester United berkelebihan satu permainan.

Monday, April 4, 2011

Safee Sali Goal - Pelita Jaya vs Persijap Jepara 3 April 2011

Hari ni Pelita Jaya berjaya lagi memenagi perlawanan menentang Persijap Jepara di laman sendiri. Gol pertama hasil jaringan cantik sapa lagi kalau bukan Safee Sali yang membuat Bicycle Kick kat depan pintu gol hasil sepakan percuma Joko Sasongko pada minit ke 10.

Kemudian pada minit ke 64 Pelita Jaya sekali lagi di depan melaui pemain no. 9 mereka iaitu Joko Sasongko yang menjaringkan gol dari sudut yang agak sukar.

Dengan kemenangan ini Pelita Jaya mengutip mata ke 19 dari 18 permainan dan masih di tangga ke 14 Liga Super Indonesia.

Saksikan gol cantik Safee Sali di bawah!

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

Rasanya ni first time gua tulis berkaitan pasal artis kat sini. Sebab malam ni sumer citer tak best so layan la tengok ABPBH 2010. Nasib gak artis favorite gua menang. Kalau tak lagi la boring.

Congrat kat Lisa Surihani sebab menang pelakon wanita popular (I like) and Shaheizy Sam yang menang Bintang Paling Popular malam ni. Bukan main semangat lagi bagi ucapan sampai tersembur-sembur air liur gua tengok mamat ni! Yerla menang dapat kereta, sapa tak teruja! Nissan Teana lagitu.

Tak sangka jugak kan? Ingatkan Zizan yang menang. Dah rezeki Sam kot malam ni.

Tapi yang menyebabkan malam tadi lagi meriah sebab kehadiran Usop Wilcha from Hantu Kak Limah Balik Rumah. Gua rasa Usop lagi layak bergelar Bintang Paling Popular! Tak kering gusi tengok Usop ni..HAhahahah.. Kelas gitu.
Oooopss! Minah ni tak tercalon ke?

Anyway ni senarai pemenang Anugerah Berita Harian 2010:

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Datuk Rosnani Jamil
Penyanyi Lelaki Popular - Faizal Tahir
Penyanyi Wanita Popular - Yuna
Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam
Pelakon Filem Wanita Popular - Lisa Surihani
Pelakon TV Lelaki Popular - Remy Ishak
Pelakon TV Wanita Popular - Fasha Sandha
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular - Sixth Sense
Artis Nasyid Popular - Rabbani
Artis Komedi Lelaki Popular - Zizan
Artis Komedi Wanita Popular - Norkhiriah
Artis Baru Lelaki Popular - Shahir
Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali
Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana

Saturday, April 2, 2011

West Ham United 2-4 Manchester United

Selepas lama Barclays Premier League rehat sebab ada banyak International friendlies so hari ni start balik untuk game pertama antara West Ham United  vs  Manchester United di Upton Park, England.

Seawal permainan MU telah menggasak kubu West Ham dengan tandukan dari Vidic hasil lintangan dari Giggs pada minit ke 4 yang terpaksa dikeluarkan oleh Green untuk sepakan sudut.

Namun pada minit ke 10 West Ham dihadiahkan sepakan penalti kerana kebangangan Evra yang memegang bola selepas Carlton Cole cuba melarikan bola dari beliau. Mark Noble mudah menyempurnakan sepakan penalti tersebut.
Mark Noble meraikan jaringan penalti pertama West Ham
Dan sekali lagi sorang lagi pemain MU yang agak bijak memberi sepakan penalti kepada West Ham pada minit ke 24. Kali ini giliran Vidic pula! Dan Noble mudah menyudahkan untuk West Ham mendahului 2-0.

Walaupun MU menggasak bertali arus pada separuh masa pertama namun West Ham masih mampu bertahan. Untuk menambah peluru di bahagian serangan Sir Alex Ferguson mengeluarkan player terbaiknya Patrice Evra dan memasukkan Javier Hernandez pada minit ke 45.

Seperti biasa di awal separuh masa kedua MU terus mengawal permainan namun belum lagi berjaya menembusi gawang Green.

Selepas kemasukan Hernandes tidak juga berjaya menghasilkan jaringan...pada minit ke 64 Berbatov menggantikan Park Ji sung dan pada minit ke 65 MU terus menghasilkan jaringan menerusi sepakan percuma Rooney yang cantik ke sebelah atas kanan menewaskan Green. 2-1.

Akhirnya gol penyamaan menjelma juga pada minit ke 73 hasil jaringan Rooney. Rooney bijak mengawal bola dan merembat ke arah kanan pintu gol West Ham. Ini adalah jaringan ke 100 Rooney dalam kancah Premier League.

Selang beberapa minit kemudian giliran MU pula mendapat sepakan penalti pada minit ke 78 selepas bola terkena tangan Upson. Dan Rooney mudah menyempurnakan hatricknya hari ini.

Untuk menambah derita West Ham gol ke 4 menyusul pada minit ke 84 hasil jaringan Hernandez.

Hero MU, Rooney telah dikeluarkan dan digantikan oleh Nani pada minit ke 87. Tahniah United.

Friday, April 1, 2011

James' Cendol - Sitiawan, Perak

Ada sesapa yang pernah merasa Cendol yang di serve oleh penjual yang memakai Bow Tie di tepi jalan? Kalau nak rasa silalah ke Sitiawan, Perak. Rasa: memang Kaw punya!

Yang tak tahan tu siap letak gambar posing ngan Sultan Perak lagi kat gerai dia. Hebat...hebat

Selama gua makan cendol memang tak pernah jumpa si penjualnya sesmart ni. Tapi gua ada sikit pelikla sebab gua rasa yang kat gambar ni bukan James tapi bini dia kot. Yang hairannya dia ada misai...Kuikuikui

Waduh-waduh.. pedulikanla janji aku nak makan cendol bukan nak tengok misai bini dia...Hahahha


 Terasa pulak nak jual cendol kalau camni punya ramai orang makan cendol tiap-tiap hari...

Harga gua tak ingat pulak berapa jatuhnya kalau makan kat situ sebab gua tapau jer ari tu. Kalau tak silap tak sampai 2 hinggit kot. Anyway kalau sedap berapa pun mesti korang tak berkira kan?


Thursday, March 31, 2011

Neymar - Brazil Sensation

Entah kenapa gua rasa macam minat jer kat mamat sorang ni. So gua pun carila kat youtube untuk mencari kepastian hebat sangat ke Neymar ni sampai kelab berebut-rebut nak sign dia termasuklah Manchester United, Chelsea, Inter Milan, Juventus dan jugak Chelsea!

So akhirnya terjawabla persoalan gua tu... Memang hebat giler mamat ni. Baru 19 tahun, Neymar da Silva Santos JĂșnior lahir pada 5 February 1992 di Mogi das Cruzes, Brazil. Dia bermain di posisi striker/winger dan hanya berketinggian 1.74 meter. Buat masa sekarang ni masih kekal di kelab Santos di Brazil.

Tapi gua rasa tak lama la tu sebelum kena sambar ngan kelab Eropah! Tak percaya tengoklah January nanti...

Perlawanan terbaru beliau adalah menentang Scotland di Stadium Emirates pada 27 March 2011 di mana beliau telah berjaya menjaringkan kedua-dua gol untuk Brazil menang 2-0.

So kat bawah ni ada video pasal Neymar, Enjoy!



Sunday, March 27, 2011

Safee Sali Score 2 Bijik - Pupuk Kaltim Bontang 1 vs 2 Pelita Jaya FC

Dah lama dah gua tak update blog ni sebab balik kampung. So paham-paham jerla line mesti takder. Kalau ada pun suam-suam suku jer so baik tak payah online dari menyakitkan hati tersengguk-sengguk macam budak baru nak belajar bawak keta.

Kebetulan pulak semalam (26 March) ada banyak game bola around the world. Tapi gua malas nak citer pasal kelayakan Euro 2012 sebab sumer dah maklum kat paper or news kat tv.

Tapi kali ni gua nak citer apa lagi kalau bukan game antara Pupuk Kaltim Bontang vs Pelita Jaya FC yang berkesudahan Pelita Jaya berjaya mengalahkan Pupuk Kaltim Bontang dengan jaringan 2-1. Satu keputusan yang bagusla sebab Pelita menang! Gua kan penyokong kuat The Young Guns! Kuikuikui
Indonesia        
Yang buat lagi best Kedua-dua gol Pelita Jaya dijaringkan oleh Sapa lagi kalau bukan Safee Sali.. Gol pertama pada minit ke 60 dan kedua pada minit ke 73. Bagus...Bagus.. Pembelian yang berbaloi-baloi...

So diharapkan lepas ni pemain yang memakai jersey no. 55 ni boleh terus menjaringkan gol dan membuktikan yang pemergian beliau ke seberang bukan makan angin!

Tahniah!

Tuesday, March 22, 2011

Tomica Downgrade...

Last weekend gua pergila kat satu shopping centre tu kira paling famousla kat KL ni. Ingatkan nak tambah koleksi Tomica..Tuptup masuk kat kedai permainan kanak-kanak tu tak sangka yang diorang main letak sembrono jer Tomica ni..

Kalau kat tempat lain bukan main lagi siap ada cabinet sendiri. Tak cukup ngan cabinet, siap berkunci plak tu! Ni just letak atas rak pastu berterabur dengan kotak yang dah terbukak sana sini!

Nak complaint malas la plak sebab gua dah la tak beli apa2 kat kedai tu so gua amikla gambar supaya mana-mana peminat Tomica ni boleh buat judgement pasal kedai permainan kanak-kanak ni.


Di harapkan takderla kedai-kedai or shopping complex yang buat perangai macam ni. Camnerla orang nak beli kalau satu dah la tak tersusun. Pastu dengan kotak yang dah terbukak, koyak rabak....

Aku pernah jumpa shopping complex kira jauhla pada KL ni tapi diorang still jaga standard dengan letak Tomica ni dalam cabinet see through tu. Next time Gua pergi sana gua snap gambar diorang punya cabinet tu.

So mana-mana peminat Tomica yang terbaca entry gua ni tolong bagi komen pasal korang punya xperienxe cemana plak k!

Apakah Motif Libya di Bom?

Gua ni bukanlah ahli politik ataupun pengkritik tapi bila dengar berita & tengok paper hari ni terasa pulak hati ni nak mengkritik pihak yang suka mengambik kesempatan di saat orang lain yang dalam keperitan.

Yang gua maksudkan si Biadap yang mengebom Libya. Sungguh pun diorang katanya nak kuatkuasakan zon larangan terbang kat Libya tu yang korang pergi terjah dengan Bom bertalu-talu apa ke jadahnya! Bukan satu dua ko launch ni sampai beratus apa giler?



Kalau terer sangat duduk jerla diam-diam kat tepi laut Libya tu, so bila nampak jer jet tentera Muammar Gaddafi tu terbang barulah tembak! Ni tak terang-terang lagi bersuluh nak ambik kesempatan nak uji diorang punya peluru berpandu Tomahawk yang baru tu! Kata nak protect against agression. So in effect they are declaring war on Libya? Comeon when is this gonna end ?!! Ciss!

Kalau aku jadi Muammar Gaddafi pun aku bukak Gudang senjata bagi sumer rakyat pegang senjata. Apakah motif sebenar pihak Barat dan sekutunya beriya-iya sangat nak bom Libya ni? Senang jer jawapannya... MINYAK!

Kalau tak ada kepentingan takkan diorang nak menyibuk sebegitu cepat. Cuba tengok Korea Utara.. dah berpuluh tahun dah relax jer...takder pun nak gunakan military action la tu la nila.. sebab takder apa pun yg boleh di kaut kat Korea Utara tu!

Ni sikit punya hal, alasan NAK JAGA KEPENTINGAN RAKYAT LIBYA. Ingat apa dunia ni bodoh ke?
Adui hai...Sudah-sudahla Uncle Sam oi..Baik ko jaga negara ko tu elok-elokla. Janganla nak cari pasal lg dengan negara orang. Cukupla ngan Vietnam, Iraq, Afghanistan... Takkan tak sedar2 lagi kot???

So sebagai pengajaran kat kita yang duduk Malaysia ni, sah sah negara kita ni aman, janganlah nak memandai tunjuk terer mcm diorang. Pihak musuh tu menunggu jer saat dan ketikanya untuk bertindak.

Sunday, March 20, 2011

Score Persisam Samarinda vs Pelita Jaya Purwakarta 20 March 2011

Berita buruk buat peminat Pelita Jaya macam aku nih. Hahaha sebab kalah ngan team Persisam Samarinda 1-0.

So Pelita Jaya terperosok ke tangga ke 14 di Liga Super Indonesia. Macam mana Safee Sali ni? Takkan satu gol jer lagi.

Teruskan usaha. Kalau tak kerana Safee Sali kat Pelita Jaya, team ni pun gua tak tahu. So ada baiknya jugak dia pergi situ. At least boleh tahu pasal team orang seberang.

Di harapkan lepas ni pada 26/3/2011 lawan Pupuk Kaltim Bontangdi tempat lawan boleh menang. Go go Pelita Jaya


Japan Tsunami 2011 Sweeps Car Off Road in Asahi - Driver Survives.

Live depan mata macam mana ombak besar Tsunami membadai tepi pantai & terus kena kat kereta mamat ni..

Umur Mamat ni panjang, dapat la kita dengar citer dia walaupun dalam Bahasa Jepun.

Anyway ambik iktibar dari peristiwa ni....

Barclays Premier League Score - 19 March 2011

Memang malam yang cukup mendukacitakan dan hampeh untuk Arsenal. Sekali lagi dikecewakan oleh pertahan lawan yang berkampung di dalam pintu gol.


Abdoulaye Meite, Robin van Persie
Robin Van Persie menjaringkan gol kedua

Paling menambah derita Manchester United menang pulak tu. Ni satu, tak taula bomoh Siam mana diaorang pakai. Ada jer penyelamat di saat-saat akhir permainan.

Anyway ni keputusan perlawanan sebentar tadi.

Tottenham Hotspur 0-0 West Ham United


Aston Villa 0-1 Wolverhampton Wanderers

Blackburn Rovers 2-2 Blackpool

Manchester United 1-0 Bolton Wanderers

Stoke City 4-0 Newcastle United Britannia Stadium

West Bromwich Albion 2-2 Arsenal

Wigan Athletic 2-1 Birmingham

Saturday, March 19, 2011

Barclays Premier League - 19 March 2011

Lama dah gua tak update pasal BPL nih. Sebab malam ni ada game Arsenal so gua pun ringankan jugak tangan ni.

Malam ni  vs   kat The Hawthorns. Malam ni jugak menyaksikan En Leman kita kembali ke pangkuan pasukan yaang pernah diwakilinya dulu sebelum berhijrah ke liga Jerman pada tahun 2008. Dia mengikat short-term monthly rolling contract untuk membantu Arsenal yang mengalami krisis Goalkeeper selepas Wojciech Szczesny, Lukasz Fabianski dan Vito Mannone yang terpaksa berehat kerana mengalami kecederaan.


Masa main kat Emirates awal season ari tu West Brom menang 3-2. So this time around The Gunners kena menang kalau nak julang 1st trophy sejak tahun 2005. Lama tu untuk team sebagus Arsenal!! Huahuahua....
Game lain  vs  main kat White Hart Lane. Untuk minit yang ke 42 still 0-0 lagi. Harap-harap Spurs menangla.

Untuk pasukan yang macam bagus,  vs  main kat Old Trafford sama time ngan team meriam. So untuk memberi laluan kepada Arsenal menjuarai BPL season ni Man U kenala seri atau kalah yer!

Lain-lain game malam ni,  vs  di Villa Park.  vs  di Ewood Park.  vs  di Britannia Stadium.  vs  di DW Stadium dan last sekali
 vs  di Goodison Park.

Chelsea ngan Liverpool main malam esok...

Thursday, March 17, 2011

California Next?

What if the a major earthquake hits United States of America?

According to article written by Peter Henderson on Special report: Big California quake likely to devastate state.

He says "California will experience unthinkable damage when the next powerful quake strikes, probably within 30 years, even though the state prides itself on being on the leading edge of earthquake science."

He continues "Part of the lesson from the disaster that hit Japan on Friday is that no amount of preparation can fully protect a region such as California that sits on top of fault lines."

To read more on his article please click on: http://news.yahoo.com/s/nm/20110315/ts_nm/us_quake_california