Seawal permainan MU telah menggasak kubu West Ham dengan tandukan dari Vidic hasil lintangan dari Giggs pada minit ke 4 yang terpaksa dikeluarkan oleh Green untuk sepakan sudut.
Namun pada minit ke 10 West Ham dihadiahkan sepakan penalti kerana kebangangan Evra yang memegang bola selepas Carlton Cole cuba melarikan bola dari beliau. Mark Noble mudah menyempurnakan sepakan penalti tersebut.
Mark Noble meraikan jaringan penalti pertama West Ham |
Walaupun MU menggasak bertali arus pada separuh masa pertama namun West Ham masih mampu bertahan. Untuk menambah peluru di bahagian serangan Sir Alex Ferguson mengeluarkan player terbaiknya Patrice Evra dan memasukkan Javier Hernandez pada minit ke 45.
Seperti biasa di awal separuh masa kedua MU terus mengawal permainan namun belum lagi berjaya menembusi gawang Green.
Selepas kemasukan Hernandes tidak juga berjaya menghasilkan jaringan...pada minit ke 64 Berbatov menggantikan Park Ji sung dan pada minit ke 65 MU terus menghasilkan jaringan menerusi sepakan percuma Rooney yang cantik ke sebelah atas kanan menewaskan Green. 2-1.
Akhirnya gol penyamaan menjelma juga pada minit ke 73 hasil jaringan Rooney. Rooney bijak mengawal bola dan merembat ke arah kanan pintu gol West Ham. Ini adalah jaringan ke 100 Rooney dalam kancah Premier League.
Selang beberapa minit kemudian giliran MU pula mendapat sepakan penalti pada minit ke 78 selepas bola terkena tangan Upson. Dan Rooney mudah menyempurnakan hatricknya hari ini.
Untuk menambah derita West Ham gol ke 4 menyusul pada minit ke 84 hasil jaringan Hernandez.
Hero MU, Rooney telah dikeluarkan dan digantikan oleh Nani pada minit ke 87. Tahniah United.
Seperti biasa Man Utd menunjukkan kehebatannya utk memenangi perlawanan mereka dengan menjaringkan 4 Gol!! Memang POWER GILER ler team Manchester United ni.. lagi2 bila bomoh Mexico, Chicharito masuk 2nd half. Tahniah kepada Rooney utk jaringan hattrick dan 1 gol dr Chicharito. B.E.L.I.E.V.E. Glory..Glory Man. United!!!!!!
ReplyDeleteYerla powerla...Baru gua tau..
ReplyDelete