Hari ni Pelita Jaya berjaya lagi memenagi perlawanan menentang Persijap Jepara di laman sendiri. Gol pertama hasil jaringan cantik sapa lagi kalau bukan Safee Sali yang membuat Bicycle Kick kat depan pintu gol hasil sepakan percuma Joko Sasongko pada minit ke 10.
Kemudian pada minit ke 64 Pelita Jaya sekali lagi di depan melaui pemain no. 9 mereka iaitu Joko Sasongko yang menjaringkan gol dari sudut yang agak sukar.
Dengan kemenangan ini Pelita Jaya mengutip mata ke 19 dari 18 permainan dan masih di tangga ke 14 Liga Super Indonesia.
Saksikan gol cantik Safee Sali di bawah!
No comments:
Post a Comment