Monday, April 18, 2011

Nasi Lemak TAK Boleh di Jual di Sekolah!

Aduh.. aduh.. Ni apa hal la plak kat Malaysia ni?!!

SUBANG JAYA - Kerajaan menguatkuasakan serta-merta larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat khususnya yang mengandungi gula serta garam berlebihan di kantin sekolah di seluruh negara bagi membendung risiko semakin ramai pelajar mengalami masalah obesiti.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan perkara itu semalam menegaskan, pengusaha kantin juga hanya dibenarkan menjual nasi lemak sehari dalam seminggu.
Walaupun beliau menganggap nasi lemak mempunyai khasiatnya sendiri, pengambilan makanan itu secara kerap dan berlebihan akan mendorong seseorang itu mengalami obesiti.
"Peraturan melarang penjualan makanan tidak berkhasiat ini termasuk air bikarbonat bukan sahaja melibatkan pengusaha kantin tetapi juga penjaja lain di sekitar kawasan sekolah,'' katanya pada sidang akhbar selepas Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan peringkat kebangsaan ke-5 2011 di sini semalam.

Ni keratan berita yang di ambil kat Kosmo hari ni! So apa rasionalnya tak boleh jual nasi lemak kat kantin sekolah? Tapi kat tepi jalan sebelum nak ke sekolah tu berlambak2 orang jual nasi lemak?

Kalau air berkarbonat tu memang patut la di haramkan jual kat kantin sekolah tapi kalu sampai nasi lemak tak boleh jual tu gua rasa macam pelik jer!

Anyway keputusan dah dibuat... Follow jerla yer makcik2 kantin yer...

Sian..

6 comments:

  1. isu budak2 sekolah main 3gp takde lak diketengahkan dan diatasi, ni isu nasi lemak lak yg baik sangat nak larang.. ape lak nak jadi pemimpin oi

    ReplyDelete
  2. Ni isu besar ni! Hhahahaha...Mcm dah takder keje jer diorang nih!

    ReplyDelete
  3. dlu time sekolah...hari2 d waktu pagi aku dok makan nasi lemak aje...tp tak gemuk pun...dah takde isu lain ke nak diisukan @ ada sbb peribadi...huhu

    ReplyDelete
  4. Saja nak cari isu baru la ni... Nanti tak glamer la plak diorang yg berkenaan..

    ReplyDelete
  5. Bro - Aku ni dah makan nasi lemak lebih 30 tahun, dari Sebelum masuk sekolah, kat sekolah rendah, masuk asrama, kat USA. tak obes punnnnn. Saja je depa ni nak sekat bisnes orng Melayu kot????? nasi lemak tu kan ke antara punca rezeki dan bisnes orang Melayu kita.

    ReplyDelete
  6. TRR: Tu la suka sangat buat keputusan membabi buta.. Cer buat research sikit...Survey betul-betul sebelum nak announce..

    ReplyDelete