3 |
1 |
Salam & Good Day...
Lewat pagi tadi berakirnya pertemuan antara 2 kuasa kelab bola sepak Eropah yang mempunyai persamaan dari segi permainan terutamanya passing ball mereka. Tetapi malam tadi Arsenal telah diajar cara permainan bola sepak yang sebenar oleh Barcelona biarpun ada sedikit kontrovesi di mana Robin Van Persie yang di buang padang pada minit ke 56 kerana menerima kad kuning kedua. Penyerang Holland ini mengatakan yang beliau tidak mendengar tiupan wisel pengadil kerana offside.
Robin Van Persie dilayangkan kad merah pada minit ke 56 |
Gol-gol Barcelona di jaringkan oleh Lionel Messi pada minit ke 45 dan penalti pada minit ke 71 dan Xavi pada minit ke 69. Manakala gol saguhati Arsenal dijaringkan oleh pemain Barcelona sendiri iaitu Sergio Busquets pada minit ke 53.
Gol pertama berpunca daripada kesilapan Fabregas yang cuba menghantar backheel kepada Jack Wilshere diluar kotak penalti Arsenal namun terus kepada Andres Iniesta yang kemudiannya melorongkan kepada Messi dan beliau melambung bola melepasi Almunia kedalam net yang kosong. Beliau menggantikan Wojciech Szczesny yang tercedera ditangan kiri kerana menyelamatkan sepakan percuma Daniel Alves pada minit ke 16.
Manakala gol kedua Barcelona hadir melalui Xavi selepas permainan cantik antara Iniesta and Villa.
Gol ketiga disudahkan Messi melaui sepakan penalti selepas Koscielny menjatuhkan Pedro di dalam kotak penalti.
Seharusnya malam tadi memang malam buat Barcelona kerana tiada satu pun tendangan ke arah gol yang dilakukan oleh pemain Arsenal!
No comments:
Post a Comment