Walaupun kita asyik disadurkan dengan perlawanan Liga Perdana Inggeris di Astro, apa kata kita tengok perkembangan anak Malaysia kita yang akan bermain perlawanan petang ini (5 March 2011) bagi mewakili kelab baru beliau Pelita Jaya FC menentang Sriwijaya FC.
Kita lupakan Liverpool vs Manchester United ataupun Arsenal vs Sunderland malam nanti. Tak pasal-pasal gua ni jadi supporter Pelita Jaya FC! Hahahah...
Safee Sali No.10 |
Bukan terlalu taksub ataupun minat sangat kat Safee Sali ni cuma sekadar nak tau jugak boleh ke beliau bermain di bumi Indonesia tu! Tapi Gua sentiasa mendoakan beliau semoga success okay.
Bukan mudah tugas bekas penyerang pasukan Selangor ni, dah la kelab Pelita Jaya FC ni tercorot kat Liga Super Indonesia tu. So bayangkan betapa tinggi harapan peminat-peminat diorang kat Safee ni. Mengikut Safee Sali jugak, peminat-peminat kat sana cukup fanatik sampaikan ke mana dia pergi ada saja yang mengekori beliau. Dah macam artis la plak!
Anyway bak kata jurulatih beliau Misha Radovic, 50, “Walaupun baru pertama kali beraksi di luar, dia jelas seorang pemain profesional yang hebat kerana pantas menyesuaikan diri dengan pasukan dan persekitaran,”
Itulah pujian dari jurulatih beliau yang menggantikan Fandi Ahmad 3 bulan lalu. Radovic sebelum ini pernah memenangi Piala Eropah pada tahun 1979 untuk bawah 21 tahun bersama pasukan Yugoslavia.
Orait! Kita nantikan keputusan perlawan Pelita Jaya FC vs Sriwijaya FC petang ni.
Chow..
No comments:
Post a Comment