Sunday, March 6, 2011

Liverpool 3 Manchester United 1

3
1
Luis Suarez membuktikan bahawa beliau adalah antara penyerang yang harus diberi perhatian oleh mana-mana defender kat EPL... Mangsanya, tiga orang player Manchester United kena twists and turns in the box pastu membuat hantaran kepada Kuyt yang mudah menjaringkan gol pertama Liverpool dari jarak 3 inci pada minit ke 34.

Selang 5 minit kemudian Nani pulak memberikan hantaran cantik untuk Dirk Kuyt menjaringkan gol kedua peribadinya. Malang sungguh!


Dirk Kuyt selepas menjaringkan gol pertama
Dihujung separuh masa pertama berlaku plak Drama Sinetron... Dah la assist untuk salah team, kena tackle plak ngan Carragher, pastu boleh plak tergolek-golek depan ref. Nani...Nani...

Di separuh masa kedua bermula mcm biasa walaupun game ni macam dah ada unsur-unsur nak kena kad merah. Serangan di mulakan oleh Liverpool. Tak puas lagi nak score agaknya.
 
Tup tup, gol ketiga terhasil pada minit ke 65 dan melengkapkan malam gemilang buat Kuyt untuk hatricknya yang pertama musim ni.
 
Setelah sekian lama tidak dapat bermain kita dapat menyaksikan penampilan pertama penyerang yang berharga 35 juta pound Andrew Carroll yang dimasukkan pada minit ke 73 menggantikan Raul Meireles.

Untuk tidak memalukan pasukan pelawat, gol saguhati menjelma pada minit ke 91 hasil jaringan Hernandez selepas menerima hantaran dari Ryan Giggs.

Tetapi bagi gua, pemain terbaik malam ni ialah Luis Suarez.

Malam ni jugak menyaksikan penyokong Arsenal bersorak gumbira..Kuikuikui.

No comments:

Post a Comment